Thursday, March 22, 2012

My Umrah & Ziarah

Akhirnya selamat jua aku mengerjakan ibadah umrah. Walaupun tak sebanyak yang dicita-citakan, tapi aku dapat juga sempurnakannya.Betul orang cakap, kalau kat Mekah, jangan ler bermulut celupar, hatta berniat yang tak berapa baik pun akan dibayar ‘Cash’ kat sana. Apa yang berlaku kat aku di Mekah bukan sebab aku tak percaya nasihat orang, tapi aku ‘terlupa’ jer nasihat orang! Akibatnya, cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati aku.Rasa ‘Kerdil’ jer diri ni bila diduga kat sana. Orang cakap, Tuhan duga kita sebab Dia sayang kat kita.
Pelbagai pengalaman dapat dirasai ditempat orang. Mekah dan Madinah waktu aku sampai sedang musim dingin. Suhu dalam 16°C tengahari buta. Cuaca terang dan berangin. Seronok sangat. Seronok tengok Masjid Nabawi, Ka’abah, Masjidil Haram, padang pasir dan macam-macam lagi. Pengalaman baru untuk aku.
Selama 12 hari aku dibumi para Anbia ini melakukan Ibadah dan Ziarah. Kini bila di Malaysia, suasana di sana sering bermain di fikiran, membuatkan aku merasa rindu untuk kembali menjejakkan kaki aku disana. Insyaallah, jika rezeki aku murah, aku akan ke sana lagi.