Monday, November 23, 2009

Made In Malaysia

Bila dengar lagu-lagu baru yang sedap melalui radio mulalah aku tak senang duduk. Tak senang duduk sebab rasa terpanggil untuk turut menyumbangkan karya aku untuk industri muzik tanahair. Frankly, we have so many talented singer yang tak pernah dihargai oleh peminat muzik sendiri. Rata-rata Malaysian listener masih lagi mengagungkan foreign artist. Aci kerat jari kalau buat survey kat ‘so called’ rakyat Malaysia yang “MAJU” ni pasti nama artis Indon dan omputeh meniti dibibir. Memang depa ni hebat, tapi artis-artis tempatan tak lah berdiri rendah sangat compared to them. Contoh artis tempatan yang pada pendapat aku sehebat artist luar seperti Faizal Tahir, Jac Victor, Amy Search dan Search of course!, Budak-budak underground yang kini dah ramai masuk mainstream music such as Bunkface, Pesawat, Pretty Ugly, Nitrus dan bersepah lagi nama-nama yang aku sendiri tak berapa ingat. Semuanya hebat-hebat. Bebudak reality TV, tak kurang hebatnya. Bebudak AF seperti Bob, Idayu, Amelya, Faizal, Farhan, Nubhan, Sahri and the gang, Bebudak program Mentor seperti johan Mentor season 1 , 2 & 3, semuanya hebat-hebat.



Korang pernah dengar album Reshmonu? How ‘bout a group called Nitrus? Pernah dengar lagu2 dari Pete Teo? Juwita Suwito? Afdlin Shauki? These local artist memang tak memalukan Malaysia. Dari arrangement muzik, susunan lirik hinggalah ke quality penerbitan. As good as foreign artist.


So Malaysian, next time kalau korang nak beli album Linkin Park or Papa Roach, cuba test dengar our local band such as Dr.Kronik, Bunkface, 1 buck Short, Meet Uncle Hussein, dan banyak lagi yang dah masuk aliran mainstream. Or kalau korang suka sangat dengan band Indon macam Samson, Dewa 17, Radja, naper tak boleh minat Nitrus, Koko, Exist, Pretty Ugly or Sofaz?


Tak payah tunding jari siapa yang silap dalam hal ni. To all Malaysian artist, teruskan usaha memartabatkan industry muzik tanahair ke satu tahap yang boleh dibanggakan. To artist-artist yang sentiasa mengeluh album tak laku, susah nak jual, tapi naper album MAWI @ SITI @ ADAM @ DAFI boleh jalan? Hebat sangat ker depa tu? Cari penyelesaian bukan cari ALASAN!!!

Friday, November 13, 2009

HILANG BADI DI ANGLERS RESORT



Semenjak aku dan Kafi menjadi “fishing buddies”, banyak tempat telah kami pergi. Lukut, Port Klang, Balik Batu, Semenyih, Bukit Bandaraya dan yang terbaru di empangan Kuala Kubu. Kafi banyak mengajar aku tentang ‘gadget-gadget’ memancing yang sebelum ini satu apapun aku tak tahu. Nak beli batang pancingpun aku tanya kat Kafi dulu. Kafi ni jenis yang suka buat ‘research’ tentang ilmu-ilmu memancing. So tak hairanlah kalau dia lebih tahu dari aku.

BADI

Tapi yang bestnya, dalam kesemua trip yang kami pergi, selalunya aku akan dapat ikan (lesen) terlebih dahulu dari dia. Tak kiralah, ikan gelama ke, tetanda kecil ke, janji, aku akan dapat lesen dulu dari dia. Kadang-kadang, aku dapat ikan, dia satu habuk pun tarak. Kesian tu kesian ler jugak! Mana taknyer kalau tengok muka kawan dah macam ‘Tin Biskut’! Mungkin aku ni bawa badi kat dia kot!

ANGLERS RESORT, PULAU INDAH (PORT KLANG)

Itu cerita lama, pagi Jumaat yang lepas bersamaan 14 Mac 2008 (11.30 pagi), Kafi membuktikan yang dia adalah ‘fighter’ sebenar. Badi aku akhirnya berkubur di ANGLERS RESORT Port Klang.

Kami bertolak dari ofis selepas waktu kerja dalam pukul 8.30 malam. Kami singgah di North Port dan Tanjung Harapan untuk membeli umpan hidup. Kami beli anak belanak dan udang. Udang yang kami dapat semuanya kecil-kecil belaka, dan menurut kata penjual umpan, udang susah nak dapat sekarang ni sebab air kat Port Klang dah kotor.

AIR CANTIK, ORANG LAK RAMAI!

Kami sampai di Anglers Resort lebih-kurang pukul 12 tengah malam. Sekali lagi kami frust sebab orang ramai awal-awal lagi dah menghuni jeti kat situ. Ingatkan datang hari kerja tak ramai orang, perhitungan kami silap. Ada yang bawak famili bermalam kat situ lagi.

Sementara menunggu pemancing-pemancing lain balik, kami lepak-lepak sambil buat perambut dan berdoa agar jeti cepat kosong. Kalau ikut jadual pasang surut air, bunga pasang akan bermula dalam pukul 3 pagi, so aku ambil kesempatan untuk tidur dulu.


HABUK PUN TARAK!

Pukul 3 pagi aku bangun dan terus ke jeti, alhamdulllah, orang dah tak ada kecuali ada sorang brader ni tengah leka memancing. Dari pukul 3 pagi sehingga subuh sekor ikan pun tak makan umpan aku. Kafi lagilah tak dapat! Penat, Frust dan mengantuk! Itulah yang aku rasa. Aku tertidor kat jeti dan terbangun bila hari dah semakin siang.

TODAK PUN OK!

Cantik! Itu yang dapat aku gambarkan bila melihat fajar menyinsing di kaki langit. Kami bersarapan dengan ‘Jajan’ yang dibawa sambil berkira-kira untuk pulang dalam pukul 10 pagi. Tak mahu balik dengan tangan kosong, aku memancing ikan-ikan todak yang banyak bermain di permukaan air. Ikan todak kalau digoreng tepung sedap gak!

IKAN PERTAMA

Dalam aku dok sibuk memancing ikan todak tiba-tiba loceng yang dipasang kat pancing aku berdering nyaring. Nyaris batang pancing aku tak terjun ke laut kalau tak disambar oleh sorang brader yang ada kat situ. Aku ambil batang pancing aku dan tali terus menghambur keluar. Drag aku ketatkan sedikit dan mula melawan tarikan ikan. Kelibat ikan tak nampak lagi dan ikan masih lagi menarik tali ke bawah jeti. Kira-kira 15 minit berlawan akhirnya ikan berjaya di daratkan. Pergh! Ikan Kaci beb! Walaupun beratnya dalam sekilo lebih sikit, tapi boleh tahan juga dia melawan.

IKAN KEDUA DAN JUARA!

Senyum sampai ketelinga aku dibuatnya. Kafi mesti tak puas hati nyer! Riak-riak ‘Tin Biskut’ sedikit demi sedikit mula kelihatan. Setengah jam kemudian tiba-tiba tali pancing Kafi pula berdesing kuat. Ikan menghenjut tali kebawah jeti untuk melepaskan diri. Kafi berhempas pulas melawan ikan yang seperti tak mahu menyerah kalah, dan tali sekali lagi dihenjut kuat kebawah jeti. Selepas bertarung kira-kira 20 minit, kelibat ikan mula nampak.

Siakap beb! Ikan akhirnya berjaya didaratkan dengan menggunakan tangguk.Kali ini giliran Kafi lak senyum sampai ketelinga! Senyum sampai mata dia pun dah tak nampak! Tahniah bro, akhirnya dapat gak kau kalahkan aku!

TRIP PALING BEST

Trip kali ini bolehlah dikatakan yang paling manis bagi kami sebab inilah kali pertama aku daratkan ikan lebih sekilo kat sini dan inilah kali pertama Kafi dapat daratkan siakap liar setelah lebih setahun memburunya. Dan yang pastinya, aku bukan pembawa badi kepada Kafi.










Adios!




Saturday, November 7, 2009

05 November 2009

Bulan November datang lagi. Selain dari musim hujan yang tak kunjung rentinya,ada beberapa tarikh penting yang sering aku terlupa. Walupun dah set dalam kepala otak, tapi asyik tak ingat jer...mungkin dah tua aku ni!!

Ada 1 tarikh yang selalu miss dalam diary hidup aku.Yang aku ingat,dia tak pernah lupa apa saja tarikh penting dalam hidup ku.Kalau musim exam,dia akan ingat setiap jadual paper yang aku ambil.Dibacanya Yasin sepanjang 2 1/2 jam aku menduduki exam dengan harapan aku beroleh ketenangan dan tersingkap apa saja hijab yang cuba mem'black-out'kan aku (walaupun ada sesetengah paper tu aku buat dalam 1/2 jam jer....). Dia juga ingat akan segala 'do s' and 'don't s' tentang anaknya yang banyak cekadak ni especially dalam bab pemakanan dan emosi.

Tapi kenapa aku tak boleh ingat 1 tarikh yang penting dalam hidup dia.Tak concern kah aku?


Mak,


Kalau diberi pilihan antara 1000 tahun kehadapan untuk adik mengharung hidup di dunia ini, atau 1 hari kebelakang,Adik tetap akan memilih 1 hari dalam hidup Mak untuk adik ucapkan "Selamat Hari Jadi Mak! Semoga Mak panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia sepanjang hayat!"


"Happy Belated Birthday Mak!" (Maaf, Adik terlupa untuk sekelian kalinya!)


PUAN HAJJAH CHE AMNAH BT HJ SALLEH
05.11.1944 - 05.01.1998

Monday, November 2, 2009

Bunga Raya Vanilla Strawbery Nepolitana!!

Just nak share dengan semua, Intan isteriku yang comel, tak suka bela binatang.Dia suka bela pokok. Laman rumah kami dah penuh dengan pokok-pokok belaannya. Dari pokok buah hinggalah ke pokok bunga. Benih-benih ada yang dibeli kat nursery dan ada yang diimport dari Kodiang. Aku rasa, kat dalam state Negeri Sembilan, kat rumah aku jer yang ada pokok Cemumar (‘Cemumaq’ orang Kedah panggil!) coz seramai yang aku tanya kat sedara sebelah sini, tak der sorang pun yang pernah kenal atau makan ulam Cemumar ni. Aku tanam sebab aku suka rasanya yang sedap!. Cicah sambal belacan…pergh!!! Syok ooo!!

Selain dari Cemumar, Intan & aku ada juga menanam pokok kari,kuinin,kantan,lengkuas and pokok bunga kertas yang semuanya diimport dari Kodiang. Bukan tak der pokok kari kat Nilai, tapi menurut kata Intan (yang lebih arif pasal pokok dari aku!), pokok kari kat belakang rumah kat Kodiang ni lebih wangi dan sedap. Wallahu’alam. Aku nampak sama jer!!! Aku tak minat sangat berkebun sebab dari kecil aku dah kena dera dengan pokok2 bunga arwah mak yang gila babas nyer banyak! Bayangkan!!! Pokok Palm jer dah 50 pasu!tak termasuk pokok-pokok lain lagi. Orkid 1 bangsal, daisies ber’flower2’ bed, pokok-pokok yang tanam kat atas tanah lagi….aku ler mangsa tukang menyiramnya setiap petang. Dah Nak keluar main, kena siram dulu pokok2 keliling rumah. Abis siram jer, dah masuk Maghrib!! Dah tak leh main kat luar dah…tu pasal ler aku tak ramai kawan and a bit kaki bangku……(by the way, aku catches up all my sportsman skill waktu kat STAR!!)

Tapi sebenarnya aku tak kisah pun. Dalam dok siram pokok2 bunga arwah mak, sempat juga aku main air. At the end, bukan pokok jer yang basah kuyup kena siram, aku pun basah lencun!! Itu cerita waktu kecil-kecil dulu, kat kampong! Yang aku nak citer kat semua ni pasal ada 1 pokok bunga raya yang Intan tanam. Still kat dalam poly bag, tak sempat nak transfer ke laman lagi. Asalnya pokok ni berbunga kaler putih, tapi yang uniknya, ada sekuntum ni keluar kaler putih dan pink! Cantik! Macam kaler aiskrim vanilla mix ngan strawberry. For everyone, this is the flower! Cantikkan?