Showing posts with label CUTI-CUTI MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label CUTI-CUTI MALAYSIA. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

MASUK SEPITAL LAGI...




Alhamdulillah! Semuanya berjalan lancar. Sakit memang sakit, tapi apa boleh buat salah sendiri. Dah lama sangat aku dok tangguh nak jumpa doktor, lastly kena juga jumpa sebab dah kritikal sangat. Doktor cakap yang aku ni tunggu masa saja nak “Jalan” sebab darah aku dah kurang banyak sangat. Orang normal bacaan darahnya (HB)dalam 12, aku tinggal 3 saja. Anytime jer jantung aku boleh kena stroke dan buah pinggang  patutnya dah rosak dah, tapi Alhamdulillah, semuanya ok lepas aku dibekalkan darah sebanyak 5 pint. Sebanyak darah sekor lembu tu beb!!!
Now dah hampir 3 minggu aku keluar dari hospital, slow-slow recovering. Nak “uuk-uuk” pun sakit. Yer lah dah kena ‘staple’ dan potong. Sakit wooo… makan pun tak leh makan yg keras-keras lagi, still layan bubur ngan nestum jer! Apapun aku nak ucapkan terimakasih yang tak terhingga kepasa kakitangan KPJ Seremban untuk servis dan layanan yang cukup baik.Sabar jer dengan karenah aku yang boleh dikatakan agak bermasalah ni..hehehe!! Nasib ler korang dapat patient macam aku….so pada semua yang tak tau aku masuk sepital sebab apa, ni nak bagi tau! Aku di diagnose ada penyakit Kencing Manis (baru jer dapat nih!) dan Anemia (Kurang Darah). Sebab aku kurang darah adalah kerana ada Buasir. So now buasir dah operate, sepatutnya darah dah tak kurang-kurang lagi lah lepas ni. So no more pening-pening and pitam-pitam.
Kepada yang datang melawat aku kat hospital, terimakasih kerana sudi menjengok. Terharu sangat bila sedara yang jauh boleh datang tengok tapi sedara yang “DEKAT” jangan kata nak datang tengok tapi tanya khabar pun tak dak!! Don’t worry!! Gua simpan kat hati jerr!!







Tuesday, October 13, 2009

SYAWAL DAH NAK ABIS!!


"Kat Masjid Kodiang" "Pagi raya"
Syawal dah nak habis! Pejam celik-pejam celik dah hampir sebulan kita menyambut raya. Tahun ni aku sambut Raya kat Kodiang, kampong halaman yang sudah lama aku tak jengok. Tahun ni aku beraya bersama sanak saudara dikampung setelah hampir 13 tahun aku beraya di Kolumpo. Perasan suka duka bercampur baur.

Suka sebab tahun ni aku dapat sekali lagi beraya bersama sanak saudara yang dah lama aku tak jumpa. Tahun ni juga adalah kali pertama aku beraya bersama Intan dikampung. Kasi tayang bini kat orang kampong!!muahahahahah!!!

Duka sebab aku tak dapat beraya lama kat kampong. Raya ke-3 dah kena balik KL sebab esoknya aku kena kerja. Tak sempat puas nak beraya, tetiba dah nak kena balik! Apa kabar Pakngah di Alor Setar dan Tok Su di Mata Ayaq? Makan2 kat rumah Kak Anis dan Abang Zan Maklang pun tak sempat nak jengah!Sorry, bukan tak sudi,tapi tak dapat cuti!!

Untuk Ayahanda Datuk Abdul Halim ‘R’ sekeluarga, saya memohon ampun dan maaf kerana tak sempat menjengah Ayahanda sekeluarga di Alor Setar pada hari Lebaran yang lepas.Panjang umur, Insyaallah saya akan menjengah Ayahanda di Alor Setar.

Terasa sedikit terkilan, bilamana cuti yang pendek tak dapat digunakan sepenuhnya. Ralat sebab tak sempat nak layan Tok lama-lama. Selalu kalau aku balik Kodiang, pasti aku akan melapangkan masa melawat Tok dan tanya kabarnya.Ntah kenapa kali ni rasa macam tak terluang langsung untuk melawat Tok.

Tok,
Adik do’akan agar Tok sentiasa sihat dan dipanjangkan usia.Insyaallah dalam tempoh terdekat, Adik akan balik Kodiang dan jumpa Tok. Aminnnn!!

Wednesday, May 6, 2009

LANG TENGAH ISLAND BREAKAWAY!!!











Just got back from Lang Tengah island last Sunday. Terus terang cakap….memang best! This was our office trip and being organized by the sport club Committee of MBSB. Pantai putih halus, laut tenang dan jernih plus the coral and fishes memang betul-betul syok!!. The Lang Sari Resort staff has been very good to us and the 3 days 2 nite stay seems not enough to 39 of us.
The activities had occupied our time from the time we arrived. Snorkeling trips around the island and the marine park were amazing. Penat but worth it! Bila petang, kami main beach volley ball and lepak-lepak tepi pantai tengok sunset. Waktu malam lepas dinner ada yang sambung jalan-jalan tepi pantai sambil mengutip pasir florescent color biru. Memang tak pernah jumpa sebelum ni pasir yang seakan-akan kelip-kelip. Soooo beautiful!!
Malam last kat Lang Tengah kami berBBQ kat tepi pantai. Tapi yang paling-paling best sepanjang trip ni adalah peluang untuk menyaksikan dengan mata sendiri penyu bertelur di pantai ini. All this while dapat tengok kat tv jer…but this time….ha…amik kau…depan mata sendiri. My wife pulak asyik dok melekapkan telinga dia kat tepi penyu tu…..ingatkan dok buat apa,rupa2nya dia kata nak dengar suara penyu menangis……lar….ingatkan dia buat lawak, rupanya serius……adoilah….nak buat camana, nak marah,bini aku! Nak gelak,nanti merajuk lak…….aku buat muka sardine jer lah…
A trip to remember!! Hidup ni bukannya lama sangat, kumpul duit banyak2 tapi kalau tak boleh nak guna untuk sedikit keriangan, might as well tak payah! Wa chow!!