Wednesday, February 17, 2010

Aku dan Country Homes Rawang


“Life is full of unanswered questions”. Another hectic routine here in the office today! Ntah kenapa, tetiba hati ter’emo’ mengenangkan cerita-cerita lama. Aku terkenang waktu aku kerja kat Mayban Finance Cawangan Rawang sekitar tahun 1999 hingga 2000. Aku menyewa apartment di Country Homes dan tinggal sorang-sorang jer.Apartment 2 bilik + 1 bilik air, semi furnished, sewa RM350. Apartment aku ngadap padang permainan dan bukit. Sejuk dan Cosy! Aku pernah ada housemate tapi housemate buat dajal kat aku dan tak stay lama. Aku halau sebab every week bawak balik awek tido kat umah. aku tak suka activity macam tu!

Waktu tu, routine hidup aku hanyalah opis dan rumah. Sometimes I spend my time kat opis, habiskan kerja sampai ke subuh. Punyalah tekun buat kerja, makan minum terabai, tido pun tak cukup semata-mata nak siapkan kerja – kerja yang macam tak akan habis. Balik rumah at 4.00 or 5.00 in the morning after I punched my attendance then masuk balik kul 9.00 pagi. Giler betul! After 4 months aku realize, there are more in life selain dari kerja membuta tuli macam ni.kesihatan nak kena jaga!


 
Aku teringat setiap hari jumaat, akan ada pasar malam dekat dengan rumah aku. Aku akan make sure aku akan beli cd’s untuk layan during week end. Nobody came to my place, no friends, no family..it was me all by myself, layan blues…Malam kalau lapar, aku naik motor kapcai aku, merayap cari makan kat area pasar kat rumah aku. Menu kebiasaan aku mesti nasi putih + sup ekor + ikan masin goreng ngan bawang + sambal belacan. + Air Teh O ais.

 
Tak pernah pula aku rasa boring tinggal sorang-sorang. Seronok dan tenang!

 
Semua kenangan di Rawang akan terus jadi kenangan sepanjang hayat!

 
Kadangkala aku tak paham dengan diri aku sendiri. Aku tak suka bila ada orang ramai kat keliling aku but at the same time aku suka pula kalau orang memberi perhatian kat aku. Aku suka bila orang beri perhatian kat aku, tapi aku tak suka berkawan.biarpun aku tak suka berkawan, tapi aku ada ramai kawan! Aku tak akan cuba jadi orang lain selain dari aku kerana aku sendiri tak tahu siapa sebenarnya diri aku, apa yang sebenarnya aku mahu!! Anyway….

 
Happy 38th Birthday to me!