Tuesday, October 13, 2009

SYAWAL DAH NAK ABIS!!


"Kat Masjid Kodiang" "Pagi raya"
Syawal dah nak habis! Pejam celik-pejam celik dah hampir sebulan kita menyambut raya. Tahun ni aku sambut Raya kat Kodiang, kampong halaman yang sudah lama aku tak jengok. Tahun ni aku beraya bersama sanak saudara dikampung setelah hampir 13 tahun aku beraya di Kolumpo. Perasan suka duka bercampur baur.

Suka sebab tahun ni aku dapat sekali lagi beraya bersama sanak saudara yang dah lama aku tak jumpa. Tahun ni juga adalah kali pertama aku beraya bersama Intan dikampung. Kasi tayang bini kat orang kampong!!muahahahahah!!!

Duka sebab aku tak dapat beraya lama kat kampong. Raya ke-3 dah kena balik KL sebab esoknya aku kena kerja. Tak sempat puas nak beraya, tetiba dah nak kena balik! Apa kabar Pakngah di Alor Setar dan Tok Su di Mata Ayaq? Makan2 kat rumah Kak Anis dan Abang Zan Maklang pun tak sempat nak jengah!Sorry, bukan tak sudi,tapi tak dapat cuti!!

Untuk Ayahanda Datuk Abdul Halim ‘R’ sekeluarga, saya memohon ampun dan maaf kerana tak sempat menjengah Ayahanda sekeluarga di Alor Setar pada hari Lebaran yang lepas.Panjang umur, Insyaallah saya akan menjengah Ayahanda di Alor Setar.

Terasa sedikit terkilan, bilamana cuti yang pendek tak dapat digunakan sepenuhnya. Ralat sebab tak sempat nak layan Tok lama-lama. Selalu kalau aku balik Kodiang, pasti aku akan melapangkan masa melawat Tok dan tanya kabarnya.Ntah kenapa kali ni rasa macam tak terluang langsung untuk melawat Tok.

Tok,
Adik do’akan agar Tok sentiasa sihat dan dipanjangkan usia.Insyaallah dalam tempoh terdekat, Adik akan balik Kodiang dan jumpa Tok. Aminnnn!!