Tuesday, October 13, 2009

SYAWAL DAH NAK ABIS!!


"Kat Masjid Kodiang" "Pagi raya"
Syawal dah nak habis! Pejam celik-pejam celik dah hampir sebulan kita menyambut raya. Tahun ni aku sambut Raya kat Kodiang, kampong halaman yang sudah lama aku tak jengok. Tahun ni aku beraya bersama sanak saudara dikampung setelah hampir 13 tahun aku beraya di Kolumpo. Perasan suka duka bercampur baur.

Suka sebab tahun ni aku dapat sekali lagi beraya bersama sanak saudara yang dah lama aku tak jumpa. Tahun ni juga adalah kali pertama aku beraya bersama Intan dikampung. Kasi tayang bini kat orang kampong!!muahahahahah!!!

Duka sebab aku tak dapat beraya lama kat kampong. Raya ke-3 dah kena balik KL sebab esoknya aku kena kerja. Tak sempat puas nak beraya, tetiba dah nak kena balik! Apa kabar Pakngah di Alor Setar dan Tok Su di Mata Ayaq? Makan2 kat rumah Kak Anis dan Abang Zan Maklang pun tak sempat nak jengah!Sorry, bukan tak sudi,tapi tak dapat cuti!!

Untuk Ayahanda Datuk Abdul Halim ‘R’ sekeluarga, saya memohon ampun dan maaf kerana tak sempat menjengah Ayahanda sekeluarga di Alor Setar pada hari Lebaran yang lepas.Panjang umur, Insyaallah saya akan menjengah Ayahanda di Alor Setar.

Terasa sedikit terkilan, bilamana cuti yang pendek tak dapat digunakan sepenuhnya. Ralat sebab tak sempat nak layan Tok lama-lama. Selalu kalau aku balik Kodiang, pasti aku akan melapangkan masa melawat Tok dan tanya kabarnya.Ntah kenapa kali ni rasa macam tak terluang langsung untuk melawat Tok.

Tok,
Adik do’akan agar Tok sentiasa sihat dan dipanjangkan usia.Insyaallah dalam tempoh terdekat, Adik akan balik Kodiang dan jumpa Tok. Aminnnn!!

4 comments:

adiwarnatasya said...

"Salam Aidilfitri Buat Kak Intan & Abg Amir"

Dalam Dakapan Ibu said...

Awat ntah nak meleleh ayaq mata bila baca entry Dak E ni...

I didn't know that it has been 13 years since you last spent raya in Kodiang?! Betui ka?

Kak Ja tahun ni beraya kat Kluang. Insyaallah tahun depan beraya Kedah pulak. Balik dak tahun depan? Mai la bejalan rumah Kak Ja :)

Salam to Intan na...

Unknown said...

Yes,masuk tahun lepas,dah 13 tahun tak beraya kat Kodiang.Tahun ni adik happy sangat dapat jumpa Kak Ida Maklang n family yang more than 15 years adik tak jumpa.Bye the way, raya tahun ni was "D'BOM".Nanti adik cari tarikh sesuai, adik habaq kat Kak Ja bila adik nak pi rumah. Lepas kawin, tak pi-pi lagi umah Kak Ja.

DiehardQueen said...

Memang pun Abg Dae dah lama tak balik Kodiang..so this year memang raya yang paling best...lepas Abah n Mak takdak...The best moment is buat lemang ngan my beloved Kakak Ipar...Thanx kak Intan for accepting us n memang u r the best....100% lulus join HamidonAmnahs Family...
Time pasang pelita malam raya...brought back old memories..kecik2 dulu abg suka suruh tolong dia pasang pelita...but now...my kids nyer turn tolong pak lang dia...Mami retired hehehehe
But..beyond the happiness...sumthing is missing..hope one day we wiil be 1 again...