Saturday, November 7, 2009

05 November 2009

Bulan November datang lagi. Selain dari musim hujan yang tak kunjung rentinya,ada beberapa tarikh penting yang sering aku terlupa. Walupun dah set dalam kepala otak, tapi asyik tak ingat jer...mungkin dah tua aku ni!!

Ada 1 tarikh yang selalu miss dalam diary hidup aku.Yang aku ingat,dia tak pernah lupa apa saja tarikh penting dalam hidup ku.Kalau musim exam,dia akan ingat setiap jadual paper yang aku ambil.Dibacanya Yasin sepanjang 2 1/2 jam aku menduduki exam dengan harapan aku beroleh ketenangan dan tersingkap apa saja hijab yang cuba mem'black-out'kan aku (walaupun ada sesetengah paper tu aku buat dalam 1/2 jam jer....). Dia juga ingat akan segala 'do s' and 'don't s' tentang anaknya yang banyak cekadak ni especially dalam bab pemakanan dan emosi.

Tapi kenapa aku tak boleh ingat 1 tarikh yang penting dalam hidup dia.Tak concern kah aku?


Mak,


Kalau diberi pilihan antara 1000 tahun kehadapan untuk adik mengharung hidup di dunia ini, atau 1 hari kebelakang,Adik tetap akan memilih 1 hari dalam hidup Mak untuk adik ucapkan "Selamat Hari Jadi Mak! Semoga Mak panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia sepanjang hayat!"


"Happy Belated Birthday Mak!" (Maaf, Adik terlupa untuk sekelian kalinya!)


PUAN HAJJAH CHE AMNAH BT HJ SALLEH
05.11.1944 - 05.01.1998

5 comments:

adiwarnatasya said...

Happy Bufday buat ibu abang amir gak:)
"Semoga beroleh kesihatan yang berpanjangan,dimurahkan rezeki dan panjang umur...Aminnn:)"

Abang Sejuk said...

adiwarnatasya,

Our mother passed away in 1998

adiwarnatasya said...

Ohhh ye ker.
Sory...
"Semoga Mak abang ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman Aminnn:)"

cik EPAL said...

happy belated befday juga tok ibu anda ;)

DiehardQueen said...

It takes me lots of courages to go tru dis post. I know the tears will be my loyal companion.
Lately selalu sangat teringat kat mak n abah.
MAK.the best
ABAH ...everytime i look at you abg....I MISS him so much......