Friday, November 13, 2009

HILANG BADI DI ANGLERS RESORT



Semenjak aku dan Kafi menjadi “fishing buddies”, banyak tempat telah kami pergi. Lukut, Port Klang, Balik Batu, Semenyih, Bukit Bandaraya dan yang terbaru di empangan Kuala Kubu. Kafi banyak mengajar aku tentang ‘gadget-gadget’ memancing yang sebelum ini satu apapun aku tak tahu. Nak beli batang pancingpun aku tanya kat Kafi dulu. Kafi ni jenis yang suka buat ‘research’ tentang ilmu-ilmu memancing. So tak hairanlah kalau dia lebih tahu dari aku.

BADI

Tapi yang bestnya, dalam kesemua trip yang kami pergi, selalunya aku akan dapat ikan (lesen) terlebih dahulu dari dia. Tak kiralah, ikan gelama ke, tetanda kecil ke, janji, aku akan dapat lesen dulu dari dia. Kadang-kadang, aku dapat ikan, dia satu habuk pun tarak. Kesian tu kesian ler jugak! Mana taknyer kalau tengok muka kawan dah macam ‘Tin Biskut’! Mungkin aku ni bawa badi kat dia kot!

ANGLERS RESORT, PULAU INDAH (PORT KLANG)

Itu cerita lama, pagi Jumaat yang lepas bersamaan 14 Mac 2008 (11.30 pagi), Kafi membuktikan yang dia adalah ‘fighter’ sebenar. Badi aku akhirnya berkubur di ANGLERS RESORT Port Klang.

Kami bertolak dari ofis selepas waktu kerja dalam pukul 8.30 malam. Kami singgah di North Port dan Tanjung Harapan untuk membeli umpan hidup. Kami beli anak belanak dan udang. Udang yang kami dapat semuanya kecil-kecil belaka, dan menurut kata penjual umpan, udang susah nak dapat sekarang ni sebab air kat Port Klang dah kotor.

AIR CANTIK, ORANG LAK RAMAI!

Kami sampai di Anglers Resort lebih-kurang pukul 12 tengah malam. Sekali lagi kami frust sebab orang ramai awal-awal lagi dah menghuni jeti kat situ. Ingatkan datang hari kerja tak ramai orang, perhitungan kami silap. Ada yang bawak famili bermalam kat situ lagi.

Sementara menunggu pemancing-pemancing lain balik, kami lepak-lepak sambil buat perambut dan berdoa agar jeti cepat kosong. Kalau ikut jadual pasang surut air, bunga pasang akan bermula dalam pukul 3 pagi, so aku ambil kesempatan untuk tidur dulu.


HABUK PUN TARAK!

Pukul 3 pagi aku bangun dan terus ke jeti, alhamdulllah, orang dah tak ada kecuali ada sorang brader ni tengah leka memancing. Dari pukul 3 pagi sehingga subuh sekor ikan pun tak makan umpan aku. Kafi lagilah tak dapat! Penat, Frust dan mengantuk! Itulah yang aku rasa. Aku tertidor kat jeti dan terbangun bila hari dah semakin siang.

TODAK PUN OK!

Cantik! Itu yang dapat aku gambarkan bila melihat fajar menyinsing di kaki langit. Kami bersarapan dengan ‘Jajan’ yang dibawa sambil berkira-kira untuk pulang dalam pukul 10 pagi. Tak mahu balik dengan tangan kosong, aku memancing ikan-ikan todak yang banyak bermain di permukaan air. Ikan todak kalau digoreng tepung sedap gak!

IKAN PERTAMA

Dalam aku dok sibuk memancing ikan todak tiba-tiba loceng yang dipasang kat pancing aku berdering nyaring. Nyaris batang pancing aku tak terjun ke laut kalau tak disambar oleh sorang brader yang ada kat situ. Aku ambil batang pancing aku dan tali terus menghambur keluar. Drag aku ketatkan sedikit dan mula melawan tarikan ikan. Kelibat ikan tak nampak lagi dan ikan masih lagi menarik tali ke bawah jeti. Kira-kira 15 minit berlawan akhirnya ikan berjaya di daratkan. Pergh! Ikan Kaci beb! Walaupun beratnya dalam sekilo lebih sikit, tapi boleh tahan juga dia melawan.

IKAN KEDUA DAN JUARA!

Senyum sampai ketelinga aku dibuatnya. Kafi mesti tak puas hati nyer! Riak-riak ‘Tin Biskut’ sedikit demi sedikit mula kelihatan. Setengah jam kemudian tiba-tiba tali pancing Kafi pula berdesing kuat. Ikan menghenjut tali kebawah jeti untuk melepaskan diri. Kafi berhempas pulas melawan ikan yang seperti tak mahu menyerah kalah, dan tali sekali lagi dihenjut kuat kebawah jeti. Selepas bertarung kira-kira 20 minit, kelibat ikan mula nampak.

Siakap beb! Ikan akhirnya berjaya didaratkan dengan menggunakan tangguk.Kali ini giliran Kafi lak senyum sampai ketelinga! Senyum sampai mata dia pun dah tak nampak! Tahniah bro, akhirnya dapat gak kau kalahkan aku!

TRIP PALING BEST

Trip kali ini bolehlah dikatakan yang paling manis bagi kami sebab inilah kali pertama aku daratkan ikan lebih sekilo kat sini dan inilah kali pertama Kafi dapat daratkan siakap liar setelah lebih setahun memburunya. Dan yang pastinya, aku bukan pembawa badi kepada Kafi.










Adios!




3 comments:

adiwarnatasya said...

Owahhh...
Kedua2nya hebat2 laa...:)
Sedapnya ikan2 tu...Fresh..yummm;yummm menyelerakan:)

Cantiklah tempat nie abang Amir...

Unknown said...

memang cantik.lagi best sebab ada kemudahan spt chalet, toilet,surau dan tempat beriadah.

Encik Mizie said...

lawak ar citer ko nie.. tp tmpt nie bukan kat pulau indah ker?? leh bgtau x jalan untuk menuju ke tempat nie.. e-mail aku beb.. en.mizie@gmail.com