Wednesday, August 8, 2012

MASUK SEPITAL LAGI...




Alhamdulillah! Semuanya berjalan lancar. Sakit memang sakit, tapi apa boleh buat salah sendiri. Dah lama sangat aku dok tangguh nak jumpa doktor, lastly kena juga jumpa sebab dah kritikal sangat. Doktor cakap yang aku ni tunggu masa saja nak “Jalan” sebab darah aku dah kurang banyak sangat. Orang normal bacaan darahnya (HB)dalam 12, aku tinggal 3 saja. Anytime jer jantung aku boleh kena stroke dan buah pinggang  patutnya dah rosak dah, tapi Alhamdulillah, semuanya ok lepas aku dibekalkan darah sebanyak 5 pint. Sebanyak darah sekor lembu tu beb!!!
Now dah hampir 3 minggu aku keluar dari hospital, slow-slow recovering. Nak “uuk-uuk” pun sakit. Yer lah dah kena ‘staple’ dan potong. Sakit wooo… makan pun tak leh makan yg keras-keras lagi, still layan bubur ngan nestum jer! Apapun aku nak ucapkan terimakasih yang tak terhingga kepasa kakitangan KPJ Seremban untuk servis dan layanan yang cukup baik.Sabar jer dengan karenah aku yang boleh dikatakan agak bermasalah ni..hehehe!! Nasib ler korang dapat patient macam aku….so pada semua yang tak tau aku masuk sepital sebab apa, ni nak bagi tau! Aku di diagnose ada penyakit Kencing Manis (baru jer dapat nih!) dan Anemia (Kurang Darah). Sebab aku kurang darah adalah kerana ada Buasir. So now buasir dah operate, sepatutnya darah dah tak kurang-kurang lagi lah lepas ni. So no more pening-pening and pitam-pitam.
Kepada yang datang melawat aku kat hospital, terimakasih kerana sudi menjengok. Terharu sangat bila sedara yang jauh boleh datang tengok tapi sedara yang “DEKAT” jangan kata nak datang tengok tapi tanya khabar pun tak dak!! Don’t worry!! Gua simpan kat hati jerr!!







Thursday, March 22, 2012

My Umrah & Ziarah

Akhirnya selamat jua aku mengerjakan ibadah umrah. Walaupun tak sebanyak yang dicita-citakan, tapi aku dapat juga sempurnakannya.Betul orang cakap, kalau kat Mekah, jangan ler bermulut celupar, hatta berniat yang tak berapa baik pun akan dibayar ‘Cash’ kat sana. Apa yang berlaku kat aku di Mekah bukan sebab aku tak percaya nasihat orang, tapi aku ‘terlupa’ jer nasihat orang! Akibatnya, cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati aku.Rasa ‘Kerdil’ jer diri ni bila diduga kat sana. Orang cakap, Tuhan duga kita sebab Dia sayang kat kita.
Pelbagai pengalaman dapat dirasai ditempat orang. Mekah dan Madinah waktu aku sampai sedang musim dingin. Suhu dalam 16°C tengahari buta. Cuaca terang dan berangin. Seronok sangat. Seronok tengok Masjid Nabawi, Ka’abah, Masjidil Haram, padang pasir dan macam-macam lagi. Pengalaman baru untuk aku.
Selama 12 hari aku dibumi para Anbia ini melakukan Ibadah dan Ziarah. Kini bila di Malaysia, suasana di sana sering bermain di fikiran, membuatkan aku merasa rindu untuk kembali menjejakkan kaki aku disana. Insyaallah, jika rezeki aku murah, aku akan ke sana lagi.