Monday, November 2, 2009

Bunga Raya Vanilla Strawbery Nepolitana!!

Just nak share dengan semua, Intan isteriku yang comel, tak suka bela binatang.Dia suka bela pokok. Laman rumah kami dah penuh dengan pokok-pokok belaannya. Dari pokok buah hinggalah ke pokok bunga. Benih-benih ada yang dibeli kat nursery dan ada yang diimport dari Kodiang. Aku rasa, kat dalam state Negeri Sembilan, kat rumah aku jer yang ada pokok Cemumar (‘Cemumaq’ orang Kedah panggil!) coz seramai yang aku tanya kat sedara sebelah sini, tak der sorang pun yang pernah kenal atau makan ulam Cemumar ni. Aku tanam sebab aku suka rasanya yang sedap!. Cicah sambal belacan…pergh!!! Syok ooo!!

Selain dari Cemumar, Intan & aku ada juga menanam pokok kari,kuinin,kantan,lengkuas and pokok bunga kertas yang semuanya diimport dari Kodiang. Bukan tak der pokok kari kat Nilai, tapi menurut kata Intan (yang lebih arif pasal pokok dari aku!), pokok kari kat belakang rumah kat Kodiang ni lebih wangi dan sedap. Wallahu’alam. Aku nampak sama jer!!! Aku tak minat sangat berkebun sebab dari kecil aku dah kena dera dengan pokok2 bunga arwah mak yang gila babas nyer banyak! Bayangkan!!! Pokok Palm jer dah 50 pasu!tak termasuk pokok-pokok lain lagi. Orkid 1 bangsal, daisies ber’flower2’ bed, pokok-pokok yang tanam kat atas tanah lagi….aku ler mangsa tukang menyiramnya setiap petang. Dah Nak keluar main, kena siram dulu pokok2 keliling rumah. Abis siram jer, dah masuk Maghrib!! Dah tak leh main kat luar dah…tu pasal ler aku tak ramai kawan and a bit kaki bangku……(by the way, aku catches up all my sportsman skill waktu kat STAR!!)

Tapi sebenarnya aku tak kisah pun. Dalam dok siram pokok2 bunga arwah mak, sempat juga aku main air. At the end, bukan pokok jer yang basah kuyup kena siram, aku pun basah lencun!! Itu cerita waktu kecil-kecil dulu, kat kampong! Yang aku nak citer kat semua ni pasal ada 1 pokok bunga raya yang Intan tanam. Still kat dalam poly bag, tak sempat nak transfer ke laman lagi. Asalnya pokok ni berbunga kaler putih, tapi yang uniknya, ada sekuntum ni keluar kaler putih dan pink! Cantik! Macam kaler aiskrim vanilla mix ngan strawberry. For everyone, this is the flower! Cantikkan?

7 comments:

adiwarnatasya said...

Owahhh mmg taktek nie:)
Warna pink kesukaanKu...
Bagus2 Kak intan...teruskan usaha tanam bunga byk2 naa...Zura pun suka bunga gak..Paling suka orkid di laman Mama:)

Amir Hazree said...

thanx,kita tunggu februari ni,ada satu orkid yang best akan berbunga.berbunga sekali dalam setahun and this is a rare species.

Ibunim said...

Rajin nye Intan.Bunga tu memang sekuntum saja yg different ke? Cantik kaler dia..Kalau tak cukup baka pokok, boleh pi check kat rumah Kak Miza..Dia pun ada macam species yg mostly I have never heard of...Kdg2 tu teringin juga berkebun ni, tapi selalu tak dan.. Keluaq pagi pukul 6 dan balik pun dah pukul 8.30 malam..Tengok gambaq pun okay lah..

adiwarnatasya said...

okie2...zura tunggu...:)

Amir Hazree said...

memang sekuntum saja,kalau semua keluaq macam tu,kaya kami jadi tokeh bunga raya.heheheeh!!Kami pun curi-curi masa berkebun.Kadang tu kena paksa gak diri coz berkebun is the only way kami nak exercise.but rasanya our effort tak effective mana since both of us are getting bigger n bigger...warghhhhh!!!!

LadyBond said...

Wah bangga Arwah Mak tengok menantu share same hobby...keep up Kak Intan....nanti leh kami picnic lam garden bunga2

Amir Hazree said...

kami tengah tanam rumput kat garden kami.nanti boleh la kita picnic ramai2 kat laman kami.