Thursday, April 30, 2009

MY COMPOSITION -"SANGSIMU"

SANGSIMU


Telah lama ku mencuba
Menepis segala prasangka
Setiap waktu ku terharu
Dengan sikapmu yang tak pernah berkubur

* Mungkin kita lebih baik begini
Namun perlu ku nyatakan padamu kini

**Jika perlu kau tahu
Apa yang ku rasakan
Segala yang berlaku
Amat pahit ku telan
Jika perlu kau tahu
Bebas ku rasakan
Tiada lagi cemburu
Sangsi mu membunuh ku

Walau kini ku sendiri
Ku abadi waktu indah bersamamu

(Ulang rangkap * & **)

Kita hanya mencuba
Dunia hanyalah tempatnya
Usahlah kau berduka
Abadikanlah kenangan
Sepanjang perjalanan

(Ulang rangkap **)

Monday, April 27, 2009

AND THE WINNER IS........




Hahahahaha!!! As expected, I can’t sing anymore! No more angin….semput…by the way, contestants that night really gave their best shot. Semua kira dah macam artist lah…Malam tu judges were Hattan, Izwan Pilus and En.Hamzah (Senior RTM musician).My position tak ler teruk sangat. Dari 12 contestant, dapat no.5 jer! Maybe sebab aku tukar lagu last minute. I belted out a Lionel Richie song, 'Truly'. Hattan cakap my low tone is so beautiful, so did Izwan and En.Hamzah gave kind a weird remark to my vocal. Dia kata my voice is "Manja".... Izwan cakap yang dia suka the way I sang, kinda jazzy + R&B. Tapi aku puas hati sebab event berjalan seperti yang dirancang.
Dalam ramai-ramai contestant tu aku kagum dengan seorang budak ni. He can really sing. Singing his heart out a number from a local group “AMUK”, he made everyone went crazy. Unfortunately he did not win a title. Too bad! It’s okay BoB! You are still young, banyak lagi masa untuk bakat awak berkembang. And for my self, it will be a full stop to my singing career and I shall concentrate on my song composition and lyrics writing.




Monday, April 20, 2009

PITCHING LARI DIK!!!!


Hari Selasa lepas, aku masuk pertandingan nyanyi2 kat opis aku. Aku memang minat nyanyi. Dari kecik sampai ler sekarang asyik melalak jer. Sedap? Sampai ker hari ni tak pernah ler yang datang puji aku kata suara aku sedap. Perasan sendiri ada ler…anyway, yang aku nak citer kat sini bukan pasal aku, tapi pasal ada sorang awek kat opis aku yang juga masuk pertandingan ni. First waktu aku tau lagu yang bakal dibawa tu memang aku sudah tangkap respek sama dia. Dia nyanyi lagu “Penhujung Rindu” (Jamal Abdillah). Dalam hati aku,awek ni mesti mantap punya vocal sebab berani bawak lagu lelaki, Jamal pulak tu……so pada hari pertandingan,terserlah bakatnya yang selama ini sapa pun tak tau. Just nak bagi tau, hakim pada hari tu was Hattan (Biso Bonar).
Dengan penuh gemersiknya, dia mendendangkan lagu tu…..mak aiii!!! Ke laut temponya! Pitching hancuss…kelombong! Memang tak patut aku komen lebih2, tapi tidakkah kawan2 dia yang prihatin atau yang pernah dengar dia nyanyi sepatutnya menghalang dia dari memalukan diri dia di khalayak ramai??? Sampai hati depa!!! Anyway,aku kagum kat awek ni coz semangat dan keberanian yang ditunjukkan…wei…bukan senang nak nyanyi depan orang tau!!!
So..resultnya, awek tu tak dapat masuk final. Aku dan 11 peserta yang lain berjaya ke final dan seperti biasa, selepas jer keputusan diumumkan, mulalah dengar bunyi2 “pahat dan penukul”!!!biasa ler….adat dunia!!!

Thursday, April 2, 2009

BIRTHDAY SAPA ARI NI???ANGKAT TANGAN????

MASA : Lebih kurang pukul 9.00 pagi
TARIKH : 18hb Februari
TAHUN : 1978
LOKASI : Ruang Makan Tetamu (Rumah)

Adik yang baru aje bangun dari tido hairan melihat abang dan kakak sedang sibuk membuat sesuatu secara sembunyi-sembunyi.

Adik: Ha!!! Dok buat apa tu??? (sergah abang dan kakak dari belakang)

Abang & Kakak: Err..tak buat apa-apa lah! Pi main jauh2! (sambil kelam kabut menyembunyikan projek yang dijalankan).

Adik yang tak puas hati terpaksa angkat kaki. Adik masih lagi ingin tahu apa yang sedang dibuat oleh abang dan kakaknya. Secara diam-diam adik ‘spy’ abang dan kakak.Dari jauh adik nampak abang dan kakak sedang membalut sesuatu. Selesai projek, kakak menyembunyikan barang tersebut didalam laci lemari yang ada disitu. Abang dan kakak tergesa-gesa beredar dari situ.

Adik: aku nak tengok apa yang depa buat!! (sambil membuka laci lemari)

Ada sebuah kotak kecil yang dibalut cantik. Di atas kotak tertulis beberapa patah perkataan yang adik sendiri tak faham (adik masih tak pandai membaca walaupun dah berumur 6 tahun!). adik membuka balutan kotak kecil tersebut. Didalam balutan tersebut ada sebuah kotak berisi bebola cokelat (Windmollen) yang masih baru. Sambil menyorok di sebalik lemari, Adik membuka kotak itu dan memakan coklat yang ada di dalamnya.

Selepas habis coklat dimakan, adik membuang ‘barang-barang bukti’ jauh kedalam semak dibelakang rumah.heheheheheeheheh!!!! Adik tersenyum riang sebab dapat buat jahat kat “tag-team” dua orang tu (abang & kakak).

MASA: 1.00 Tengahari
Lokasi: Dapur dan Ruang Tamu rumah.

Mak: Adik! Pi siap pakai baju cantik-cantik. Sat lagi orang nak mai.
Adik: ada kenduri ka mak?
Mak: la….abang tak bagi tau kat adik ka?

Adik: tak pun…sambil menggeleng kepala.
Pon! Pon! (Bunyi hon kereta kat depan rumah! )
Mak: ha….tu orang dah sampai!!! Pi tukaq baju cepat! orang dah sampai!
Kat luar rumah, ramai orang sedang berkumpul. Sambil masing-masing membawa kotak berbalut. Adik masuk kebilik dan bersalin pakaian cantik. Selepas dibedak oleh Kak Norma, Adik keluar dari bilik.
HAPPY BIRTHDAY ADIK!
Adik terkejut. Diatas meja ada sebuah kek cantik dan ada lilin diatasnya. Semua orang sibuk mengucapkan selamat kepada Adik yang masih lagi mamai! Selepas lagu “Selamat Hari Jadi” dinyanyikan, adik meniup lilin diatas kek. Semua orang tepuk tangan.
Mak: Sekarang baru boleh buka hadiah!
Dibucu meja terdapat berkotak-kotak hadiah pemberian tetamu. Adik tersenyum riang. Disebelah lemari pula kelihatan abang dan kakak sedang mencari-cari hadiah untuk Adik yang disimpan didalam laci.
Adik pandang je gelagat “tag-team” dua orang tu…..hehehheheheeh!!!
P/S: Selamat Hari Jadi Ke 41 untuk kekanda Amrul Hazarin tersayang. Semoga sihat sejahtera dan termakbul segala doa dan impian!