Thursday, April 2, 2009

BIRTHDAY SAPA ARI NI???ANGKAT TANGAN????

MASA : Lebih kurang pukul 9.00 pagi
TARIKH : 18hb Februari
TAHUN : 1978
LOKASI : Ruang Makan Tetamu (Rumah)

Adik yang baru aje bangun dari tido hairan melihat abang dan kakak sedang sibuk membuat sesuatu secara sembunyi-sembunyi.

Adik: Ha!!! Dok buat apa tu??? (sergah abang dan kakak dari belakang)

Abang & Kakak: Err..tak buat apa-apa lah! Pi main jauh2! (sambil kelam kabut menyembunyikan projek yang dijalankan).

Adik yang tak puas hati terpaksa angkat kaki. Adik masih lagi ingin tahu apa yang sedang dibuat oleh abang dan kakaknya. Secara diam-diam adik ‘spy’ abang dan kakak.Dari jauh adik nampak abang dan kakak sedang membalut sesuatu. Selesai projek, kakak menyembunyikan barang tersebut didalam laci lemari yang ada disitu. Abang dan kakak tergesa-gesa beredar dari situ.

Adik: aku nak tengok apa yang depa buat!! (sambil membuka laci lemari)

Ada sebuah kotak kecil yang dibalut cantik. Di atas kotak tertulis beberapa patah perkataan yang adik sendiri tak faham (adik masih tak pandai membaca walaupun dah berumur 6 tahun!). adik membuka balutan kotak kecil tersebut. Didalam balutan tersebut ada sebuah kotak berisi bebola cokelat (Windmollen) yang masih baru. Sambil menyorok di sebalik lemari, Adik membuka kotak itu dan memakan coklat yang ada di dalamnya.

Selepas habis coklat dimakan, adik membuang ‘barang-barang bukti’ jauh kedalam semak dibelakang rumah.heheheheheeheheh!!!! Adik tersenyum riang sebab dapat buat jahat kat “tag-team” dua orang tu (abang & kakak).

MASA: 1.00 Tengahari
Lokasi: Dapur dan Ruang Tamu rumah.

Mak: Adik! Pi siap pakai baju cantik-cantik. Sat lagi orang nak mai.
Adik: ada kenduri ka mak?
Mak: la….abang tak bagi tau kat adik ka?

Adik: tak pun…sambil menggeleng kepala.
Pon! Pon! (Bunyi hon kereta kat depan rumah! )
Mak: ha….tu orang dah sampai!!! Pi tukaq baju cepat! orang dah sampai!
Kat luar rumah, ramai orang sedang berkumpul. Sambil masing-masing membawa kotak berbalut. Adik masuk kebilik dan bersalin pakaian cantik. Selepas dibedak oleh Kak Norma, Adik keluar dari bilik.
HAPPY BIRTHDAY ADIK!
Adik terkejut. Diatas meja ada sebuah kek cantik dan ada lilin diatasnya. Semua orang sibuk mengucapkan selamat kepada Adik yang masih lagi mamai! Selepas lagu “Selamat Hari Jadi” dinyanyikan, adik meniup lilin diatas kek. Semua orang tepuk tangan.
Mak: Sekarang baru boleh buka hadiah!
Dibucu meja terdapat berkotak-kotak hadiah pemberian tetamu. Adik tersenyum riang. Disebelah lemari pula kelihatan abang dan kakak sedang mencari-cari hadiah untuk Adik yang disimpan didalam laci.
Adik pandang je gelagat “tag-team” dua orang tu…..hehehheheheeh!!!
P/S: Selamat Hari Jadi Ke 41 untuk kekanda Amrul Hazarin tersayang. Semoga sihat sejahtera dan termakbul segala doa dan impian!