“Prevention is better than cure”, a popular proverb but hardly followed by all. Maybe it is our Malaysian nature to have such a “Tidak Apa” (don’t care) attitude.
I loved eating hot and spicy food since young. Sambal belacan (grounded chilies mixed with prawn paste), fried ikan kembong and soy sauce was my favourite combination. The spicier it is the better it was. The number of chili’s increased as the years went by. A meal without chili was not considered a meal.
If only I had taken heed of mak’s nagging on my chili consumption. When I consume spicy food now it burns “both ways”, entry and exit. My stomach can no longer tolerate spicy food. There are times when I think that it will be the death of me……..God forbid!
@@@@@@@@@@@@
“Beringat sebelum kena”, selalu kita dengar pepatah ini, tapi jarang sekali kita peduli. Mungkin sudah lumrah kejadian manusia yang mudah alpa dan mengambil mudah semua perkara.
Aku memang suka makan pedas. Lagi pedas, lagi “best”. Seingat aku, waktu aku kecil dulu, aku akan suruh kakak aku gaulkan nasi bersama ikan kembong goreng, sambal belacan dan kicap bila makan tengahari. Ini dah cukup membuka selera makan aku. Sehingga besar, kalau makan nasi, mesti ada sambal belacan. Kalau tak ada sambal belacan, aku akan buat cili api sebagai ulam.
Mak selalu marah tentang tabiat pemakanan aku. Seperti biasa, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sekarang aku dah terima bahana nya. Aku dah tak boleh makan masakan pedas lagi. Banyak masalah yang timbul. Perut aku dah tak boleh bertolak ansur dengan masakan pedas. Kekadang, hati aku berkata yang aku akan mati kerana masalah ini. Na’uzubillah! Minta dijauhkan…….
Pakej Perhentian Besar 2017
8 years ago
1 comment:
Post a Comment